Renungi alam ini rasa kesangsian
Kukini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam...
Hembusan angin bayu pasti kan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelenguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran...
Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru dalam ketulusan hati
Bila hati menghadap Tuhan,
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan...
Tuhanku,
Aku tidak layak masuk syurgaMu
Namun tak berupaya,
Menghadapi api nerakaMu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku...
Inginku ubah cara hidupku yang lalu,
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai Tuhanku, Allah yang satu...
Kuakhiri sujud dengan doa,
Semoga dikabulkan hajat,
Dijauhkan duka lara, kuharap terimalah taubat...
RahmatMu kuharapkan ya Allah...