Hahaha...let's continue...apa yang special ada kat aku? Ada lagi dan aku percaya setiap dari kita semua ada satu atau lebih...hargailah dan kenalilah diri sendiri. Yela, kita kenalah kenal siapa diri kita sebelum nak orang kenal kita siapa kan?...
Berbalik pada perkenalan kita, nama aku FRANNY, dan aku salah seorang gadis yang kerdil di muka bumi Tuhan ni, dan berbadan macam budak sekolah rendah kat universiti aku. Aku ada beberapa traits yang special yang membezakan aku daripada orang lain. Kalau penyanyi-penyanyi, tak kisah la local atau luar, apa yang membezakan mereka daripada kita ialah mereka mempunyai suara yang sedap, suara yang merdu dan suara kita, ala biasa-biasa je, tak komersial...hahahaha...Oh ya, bercakap pasal suara, korang pernah bukak siaran radio waktu segmen dedication atau sampaikan salam kat orang?..Kan, bila seseorang pendengar tu call radio tu untuk sampaikan salam atau ucapan kat kawan atau family dia, seluruh Malaysia akan dengar suara dia waktu tu on air. Korang pernah terdengar orang yang call tu suara budak kecik, tapi bila DJ tanya umur, umur dah tua dah, dah berkeluarga dah pun. Selalunya, biasa terjadi kat perempuan la...yela, tak logik la kalau suara itu suara lelaki sebab mengikut sains, suara lelaki memang akan bertukar bila dah dewasa. Aku pun pernah jugak terdengar sekali...hahaha...aku pun gelak, comelnya suara perempuan tu, automatically kita akan cakap macam tu...hahaha...aku suka gelakkan suara orang lain, tapi langsung tak ingat yang aku pun mempunyai jenis suara yang sama...hahahaha...ya, aku punya suara yang pelik...umur aku 20 tapi suara aku bunyi seolah-olah umur aku baru 8 tahun, 7 tahun...kalau kat kelas dulu, cikgu-cikgu dan kawan-kawan aku memang dah kenal aku and masuk universiti ni, aku semakin popular sebab orang lain senang nak ingat aku dengan suara aku. Kawan aku selalu cakap kat aku, kau popular la, percayalah...
Dulu, waktu sekolah menengah, cikgu aku bagi aku gelaran chipmunk, ala binatang squirrel tu...bila cikgu masuk kelas, dia selalu suruh aku baca teks dengan suara yang nyaring, lepas tu dia gelak-gelak...dia cakap suara aku macam chipmunk. Kawan-kawan aku pun cakap macam tu. Ada jugak banyak kisah lucu pasal suara chipmunk aku ni. Ada beberapa yang aku sangat ingat sampai hari ni la...Dulu, waktu sekolah dalam tingkatan 6 atas, aku masuklah satu pertandingan menulis esei dalam BI ni...itu pun cikgu MUET aku yang recommend aku masuk, kalau dia tak recommend, memang aku malas nak masuk, biasalah, budak malas la kan? hahaha...apa aku buat? aku mintak tolong kakak aku, seorang cikgu MUET jugak tulis esei aku separuh. Separuh lagi, idea aku. Lepas hantar karya, result pun keluar. Alhamdulillah, aku menang tempat pertama. Walaupun bukan 100% hasil karya aku, aku tetap berbangga jugak...hahahaha...oh ya, waktu result tu keluar, pihak yang menguruskan hadiah pertandingan tu call cell phone aku la. Aku pun, dengan penuh nervous dan berdebar-debarnya angkat la panggilan dia. Aku pun cakap hello...hello la seperti biasa. Dia pun cakap, hello, err, boleh saya bercakap dengan orang yang bernama FRANNY? Aku pun jawab la ow FRANNY bercakap. Dengan tak semena-mena dia doubt kat aku, dia tanya aku balik adik, jangan la main-main. Boleh pass telefon ni kat FRANNY tak? aku pun terdiam, aku pun cakap lagi, memang betul la saya, FRANNY yang cakap ni! Dia masih tak percaya kat aku, betul ke ni? Tak cayalah! mana kakak adik mana? saya nak cakap dengan kakak...ya, sabar je la...kenervousan aku tadi dah hilang dah, result belum tau lagi, boleh nak bertengkar dengar pengurus tu dulu...aku pun cakap lagi, memang saya la yang bercakap ni... Aku pun penat dah, dia pun penat...lalu dia pun cakap tak apa lah dik. Just nak bagitau yang FRANNY memenangi pertandingan menulis esei. Tolong bagitau dia ek. Dia masih gak tak percaya. Aku pun cakap ok je la. Aku pun bagi dia semua details yang dia nak. Bila aku ceritakan kat kakak aku, kakak aku gelakkan aku...Para pemenang pertandingan tu dikehendaki datang ke satu tempat untuk menerima hadiah. Aku pun datang dan orang yang ambil aku dari terminal bas tu adalah orang yang call aku sebelum tu...sedihnya, dia masih tak percaya dengan aku. Sepanjang perjalanan ke hotel, dia asyik bagitau aku ngan kakak aku yang dia langsung tak percaya. Dia cakap suara macam budak kecik! berulang-ulang. Hurmmm...kakak aku gelak je. Aku...sabar je la...
Ni, satu kisah lagi...lepas SPM, aku terpilih untuk masuk PLKN. Hurmmm, bila dapat tahu yang aku terpilih, aku nangis...wuuu...tak best pergi jauh-jauh ni. Orang cakap PLKN ni macam tentera. Bila aku scan physical aku ni, layak ke, badan kecik macam ni masuk tentera? Aduuh...aku waktu tu stress, dan stress. Lepas tu family aku pun pujuk la aku untuk masuk. Mereka cakap, 3 bulan je, bukan lama pun, lagipun kalau aku tak pergi waktu tu, aku kena pergi kemudian nanti. Kena pergi jugak. Wajib...aku pun setuju tak setuju, pergi jugak la...3 bulan aku kat PLKN, penat giler...tidur selalu tak cukup...Seperti biasa, aku memamg senang nak cari kawan baru. Aku polpular waktu PLKN sebab suara aku. Cikgu-cikgu kat sana selalu usik aku. Mereka selalu ajuk apa yang aku cakap...aku kat sana dikira aktif jugak la sebab aku ada jawatan sebagai ketua wirawati Islam...selama ni suara aku kena gelak oleh sekumpulan manusia yang kecil je, kawan aku, cikgu aku...sehinggalah pada suatu petang yang tenang, semua pelajar Islam, lelaki ngan perempuan dikehendaki berbaris sebelum menunaikan solat Maghrib. Aku, dengan baju kurung aku pun ikut berbaris kat belakang. Ustaz kami, seorang bekas tentera datang untuk membuat pemeriksaan petang tu. Muka dia, garang!...takutnya!...kami semua berbaris dalam keadaan senang diri. Semua tersusun rapi. Nak pergi solat pun kena berkawad lagi!...Ustaz tu pun buat sedikit ucapan. Dia pun tanya siapa yang selalu bagi command kat kami sebelum pergi solat. Kawan aku jawab la yang lelaki ada seorang yang bagi command, perempuan pun ada. Ustaz tu pun tanya, perempuan tu siapa? Kawan aku pun angkat tangan la, ustaz pun tanya dia samada dia ketua wirawati Islam ke? Dia pun geleng...Ustaz tu tanya lagi, siapa ketua wirawati Islam? Aku pun angkat tangan. Dengan tiba-tibanya, entah angin datang dari mana, Ustaz tu dengan selambanya cakap awak, datang depan, bagi command! bial aku dengar permintaan dia, terbeliak mata aku. Ya Allah...bagaimana aku nak menghadapi dugaan ini? Aku tergaru-garu kepala, tapi aku tak boleh nak kata tak nak. Tak berani la, dengan ustaz garang tu...kawan-kawan yang kenal sangat ngan aku hanya mampu tersenyum je kat aku sebab mereka tau apa yang akan bakal terjadi...
Aku pun keluar dari baris aku dan berjalan ke hadapan. Ustaz tu pun ke belakang. Aku pun menghadap dua barisan yang sangat kemas, wirawati dengan wira yang tengah dalam keadaan sedia. Aku dikehendaki bagi command untuk keluar baris tapi sebelum tu aku kena la bagi command senang diri dahulu. Aku pun tarik nafas dan lontarkan suara aku dengan sepenuh hati...BARIS!!! BARIS SENANG DIRI!!!.....dengan tak semena-mena, kedua-dua barisan yang cantik dan kemas di depan aku tiba-tiba berterabur. Semua kawan-kawan aku berguling-guling gelak bila dengar suara aku. Mereka yang dalam keadan sedia tadi dah keluar baris sebelum aku bagu command yang seterusnya sebab sibuk gelak. Aku pun cakap dalam hati, aku dah agak dah...aku pun mampu tersenyum je, lihat mereka gelak. Aku toleh ke belakang, cari Ustaz, takut dia marahkan aku sebab tak bagi command dengan serius. Rupa-rupanya, ustaz pun gelak sekali. Kebetulan tempat kami berbaris berhampiran dengan cafe. Cikgu-cikgu, kawan-kawan non-muslim termasuk pekerja-pekerja kat sana pun gelak selepas dengar command daripada aku...hurmmm...itu la first time aku kena gelak oleh sekumpulan manusia yang besar. Sejak hari tu, aku pun jadi popular sewaktu PLKN...
No comments:
Post a Comment
Thank you for the comment! Have a nice day!