Nama aku Franny, untuk kali keduanya, bukan nama sebenar...hehehe...tahun ni, 2012, umur aku dah masuk 12 dah, eh, eh...salah taip lak, bukan 12 la, 21...hehehe...pelik ek? Most of us tak nak jadi tua, tak mengaku tua...bagi aku la, sebelum masuk U ni, tak ada seorang yang panggil aku kakak/akak, tapi bila dah masuk U ni tiba-tiba pulak orang panggil dengan nama panggilan macam tu. Pernah la terjadi recently, lagi fresh dalam kepala otak aku ni...semasa aku dengan kawan pergi ke pavilion nak makan, tengah syok berbual, tiba-tiba ada la suatu suara ni panggil dari belakang, akak! akak!...aku ngan kawan aku tak toleh la. Entahlah, kami automatically macam tak nak bagi respond. Dalam hati masing-masing tertanya-tanya, ei, dye panggil aku ke?...hahaha...tua sangat ke aku ni?...aaa, sebab tu la kami tak nak toleh, padahal nampak sebaya je pun...
Hurmmm....tak apela, lantak diorang la nak panggil apa, tapi honestly, kalau lelaki yang panggil aku kakak, malu owww...hahaha...pernah la jugak terjadi sekali, sampaikan lelaki tu lari kejar dari belakang, desperate nak tanya petang tu ada kelas Matematik atau tak. Dah dia panggil aku kakak? siapa nak toleh kan?, padahal beza umur tak sampai setahun pun, lebih kurang sebaya...first tu, aku langsung tak layan or toleh, tak nak mengaku yang dia tengah panggil aku...hahaha...tapi, disebabkan adanya rasa respect, aku pun toleh jugak la, terkejut jugak bila dapat tau lelaki yang panggil aku 'kakak' tu lelaki yang aku minat...fuhhh...merah padam muka! Nak tak nak, kena jawab jugak la soalan dia...hahaha...
Eh, nak introduce diri sebenarya tadi...aku ni walaupun dah umur besar, sesetengah geng aku selalu cakap aku ni bukan macam orang besar...hahaha...sebabnya aku ni rendah je, 159cm je, berat 42kg, sekarang, asyik makan tidur, makan tidur, dah mencapai 45kg, berat je bertambah, tinggi, tak jugak bertambah tingginya...aku ni bukan la jugak budak baik, nakal tu ada la sikit, hehehe...hobi aku pulak, aku suka melukis, baca buku, bersiar-siar, main ngan kucing, tangkap rama-rama...hahaha...pun termasuk jugak...yela, cuma orang yang kenal aku je tau aku ni macam mana orangnya...
Masuk universiti, aku ambik course sains tapi minat aku kat arts, fine arts...tangan kiri pegang test tube, tangan kanan pegang berus cat air. Boleh dikatakan aku ni mempunyai kebolehan untuk menggunakan kedua-dua belah otak. Anugerah.......itu yang menjadikan aku berbeza daripada orang lain. Aku pun tak tau macam mana aku tau lukis. Aku suka lukis kartun/anime, dan pemandangan. Kebanyakan lukisan yang aku buat hasil ilham aku sendiri. Aku jarang tiru or lukis sesuatu yang dah sedia ada...hahaha, teringat pulak kisah aku waktu sekolah menengah dulu...pada suatu hari yang cerah tu, kelas aku ada subjek pendidikan seni. Memang hari yang aku tunggu-tunggu la sebab yela, aku minat lukis...Hari tu, cikgu seni aku ajar kteorang lukis potret. Dia sediakan senaskhah surat khabar untuk setiap orang dan lukis gambar manusia yang ada lam surat khabar tu. Aku pun pilih la sorang gambar perempuan ni. Tanpa melengahkan masa, aku pun start lukis. Kawan-kawan di sekeliling aku semua dah merungut sebab tak tau macam mana nak lukis. Ada jugak a few yang langsung tak nak peduli. Aku waktu tu dah dalam dunia aku sendiri and pap! aku siap lukis tepat pada masanya. Cikgu aku pun kumpul lukisan kteorang and tengok lukisan kte orang. And, aku tak sangka pulak lukisan aku mendapat pujian. Dia pergi ke meja aku dan tanya kat aku, boleh tunjuk gambar sape yang awak lukis ni? Aku pun bukak la gambar perempuan yang aku tiru tadi dan tunjuk kat cikgu aku. Waktu cikgu aku tengok and compare lukisan aku ngan gambar sebenar tu, kening dia berkerut-kerut. Dia pun cakap kat aku, lukisan yang awak lukis ni langsung tak sama ngan gambar sebenar. Betul ke gambar ni yang awak tiru? Aku pun angguk banyak kali. Cikgu aku pun sambung lagi, habis tu, kenapa perempuan yang awak lukis lagi cantik daripada perempuan sebenar dalam gambar ni? Aku terkejut bila dengar cikgu aku cakap macam tu, aku tak tau nak jawab apa, so aku senyum je...hehehe...cikgu pun mintak lukisan aku dan mintak kebenaran aku untuk simpan lukisan aku tu untuk dijadikan koleksi sekolah. Semenjak hari tu, banyak lukisan aku yang dijadikan koleksi kat sekolah...sebab tu la aku tak pandai lukis semula lukisan yang sedia ada terutamanya yang berbentuk absrak sangat...hahaha...itu salah satu kebolehan yang special ada kat aku...sebenarnya, ada lagi yang lain, tapi aku dah penat dah taip ni...ada masa, aku akan sambung balik...enjoy your days! ^^
My blog is about my life...who I am, whom I met, what I faced and experienced. The main reason I am writing is to release stress and express myself...don't worry it's not your life I will be writing about, it's my life I am talking!...enjoy!...
Wednesday, April 18, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Who am I?...
KISAH SEORANG GADIS BERNAMA Franny....
Hello...Helo...hehehe...
Hello...Helo...hehehe...
Ni first time kte blogging...eh, tak jugak la...sebenarnya banyak kali dah. Tak tau nak tulis pasal ape...nak tulis pasal orang lain takut dikatakan suka jaga tepi kain orang, nak cakap pasal bussiness kte tak ade bussiness...last-last dapat idea, baik cerita pasal diri sendiri...hidup ni...hehehe...apa salahnya kan...
Ala, tak kisah la siapa yang nak baca, yang penting kte puas hati coz kadang-kadang tujuan utama orang blogging nak release tension and I am one of them...
Apa la sangat yang ada dalam hidup ni?...itu yang kte selalu fikir...sungguh negatif pemikiran korang ni...hidup kte ni lau nak diamati betul-betul, bermula dari the first second we were born till now, try korang recall balik perjalanan hidup korang, indah ape!? hahaha...yela, orang dah ajar kte untuk appreciate this life kan? Well, however, banyak la dugaannya jugak. Betul la pepatah melayu cakap, hidup ni umpama roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah, ala, seumpama la dengan konsep yin and yang...
Siapa cakap hidup ni senang? Hidup ni susah tau...life is not as easy as ABC, even ABC pun kte susah nak hafal waktu masuk sekolah tadika dulu...nak give up sekolah je rasa sebab tertekan hafal ABC...belum lagi DEFGHIJK....dan seterusnya tu...haa...betul...hidup ni susah...sebabnya, kte adalah manusia, yang punya kelemahan dari banyak sudut. Oleh itu, tak kisah la macam mana kesusahan yang korang hadapi, hutang keliling pinggang ke, family berpecah-belah or berderai ke, exam asyik-asyik fail, tertekan ngan member ke, or ape-ape je la! kte kena teruskan hidup ni...kalau kita cakap kita tak perfect, masih ada masa untuk perbaiki...yang penting, jangan putus asa dan yang paling penting, INGATLAH TUHAN...!
Tu intro je tu...
So, let me introduce myself, my name's FRANNY, not a real name...I'm still studying...in local university. My life isn't that lucky or colorful like you guys in certain ways...There's a lot to share so that we will be able to learn from others' mistakes...ya, to improve ourselves...well then, enjoy your days! ^^
Subscribe to:
Comments (Atom)